Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa





Sinopsis

Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua-dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana–mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.

Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun–lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.

Antara pelakon–pelakon yang menjayakan filem ini ialah Stephen Rahman-Hughes, Jing Lusi, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, dan juga beberapa pelakon melayu yang dikenali oleh peminat filem tanah air iaitu Khir Rahman, Jehan Miskin, Kuwasdinata, Umie Aida dan Dato’ Haji Rahim Razali.

1 comment:

  1. salam..ada sikit pertanyaan tentang filem TERHEBAT INI merong mahawangsa..sapa boleh bantu saya jawab...

    1. kenapa marcus kene tikam dgn kamaras tiada kesan2 sakit..(detailkan sikit tempat tikaman...atau kamaras tikam x tepat pada perut..dan terkena sipi perut?atau langsung x terkena perut..dan terkena baju besi?

    2. Kuasa sakti cermin tu hasil dari silauan boleh menghasilkan api ke?atau lebih bagus menjadi silauan mata kepada pemanah2 garuda..dan puak askar china ambil kesempatan itu untuk melepaskan busar panah membunuh puak pemanah garuda?

    3. kenapa 2 orang suku dari askar merong mahawangsa nampak askar garuda masih ramai mematahkan semangat mereka..sehingga melepaskan senjata dan berpelukan?bukankah M.mahawangsa dah bagi kata2 azimat semangat?

    ini just nak share jawapan bagi menyangkan kritikan2 org lain..hehe...

    ReplyDelete

Di sini kami mengutamakan KUALITI bukannya KUANTITI. Sila komen menggunakan akal bukannya lutut. Terima kasih.