Tomok - Satu

Lirik Tomok - Satu

LAGU: Satu
ARTIS: Tomok

KOMPOSER: Shazee Ishak
PENULIS LIRIK: Shah Shamshiri

Kau roda ku keretanya
Bersayap ke udara
Kau lengkap apa yang cela
Ku pula membantunya

Tak kenali beza warna
Sehati seangkasa
Di balik banyak budaya
Ternyata ia serupa
*Koleksi Lirik Lagu-Lagu Melayu Di http://iliriklagu.blogspot.com
Satu jiwa dan satu cita
Satu rasa satu Malaysia
Satu bangsa dan satu cinta
Oh Oh Oh Oh Oh Oh

Kau dan ku sama sahaja
Nak maju terus mara
Terunggul di mata dunia
Itulah janji kita

Galaksi ku ada kamu
Kerana ia satu
Jangan pandang kisah lalu
Hidup kita dah baru

Kau dan ku sama sahaja
Nak maju terus mara
Terunggul di mata dunia
Itulah janji kita

Ku mahu kau ikut sama
Mengerti 'kan irama
Rentak ku rentak mu jua
Ayuhlah ikut serta

No comments:

Post a Comment

Di sini kami mengutamakan KUALITI bukannya KUANTITI. Sila komen menggunakan akal bukannya lutut. Terima kasih.